Waranti & Servis
Perkara yang dilindungi waranti perabot kami, perkara yang tidak dilindungi, dan cara membuat tuntutan.
Pasukan kami sedia membalas di WhatsApp sepanjang waktu operasi bilik pameran.
WhatsApp 012-343 8333Terma & Syarat Waranti
Untuk Produk SHF Furniture Sdn. Bhd.
1. Perlindungan Waranti
Waranti ini menjamin bahawa produk perabot SHF Furniture Sdn. Bhd adalah bebas daripada kecacatan bahan atau pertukangan di bawah penggunaan kediaman atau komersial yang normal, seperti yang ditakrifkan di bawah. Perlindungan adalah tertakluk kepada terma dan had yang dinyatakan di sini.
A. Skop Perlindungan
- Kecacatan Bahan: Kecacatan semula jadi pada bahan mentah (cth. kayu merekah, logam patah, fabrik koyak) yang berlaku di bawah penggunaan normal.
- Kecacatan Pertukangan: Masalah yang berlaku semasa pembuatan (cth. jahitan tidak kemas, sambungan bermasalah, bahagian bergerak yang tidak sejajar).
- Integriti Struktur: Kerosakan pada komponen penampung beban (cth. kaki kerusi, rangka katil, tapak meja) akibat kecacatan pembuatan.
B. Had Waranti
- Tujuan Penggunaan: Perlindungan hanya terpakai untuk perabot yang digunakan dalam persekitaran dan keadaan yang dinyatakan dalam manual produk (cth. kegunaan dalaman lwn. luaran, had berat).
- Penggunaan Komersial: Produk yang digunakan dalam persekitaran komersial dengan kekerapan penggunaan tinggi (cth. pejabat, asrama) mungkin mempunyai tempoh waranti yang lebih pendek berbanding kegunaan kediaman.
- Bukti Pembelian: Resit atau invois yang sah diperlukan untuk semua tuntutan.
C. Apa yang Dilindungi
- Pembaikan atau penggantian bahagian/komponen yang rosak.
- Penggantian produk sepenuhnya (atas budi bicara SHF Furniture Sdn. Bhd) jika kerosakan tidak dapat dibaiki.
- Perlindungan untuk kecacatan pembuatan pada: Bahagian Bergerak: Engsel, rel laci, mekanisme recliner.
- Komponen Struktur: Rangka, kaki, sambungan.
- Kemasan Permukaan: Cat kilang, varnis, atau lamina (tidak termasuk kehausan akibat penggunaan biasa)
D. Pengaktifan Waranti
- Perlindungan bermula pada tarikh DELIVERY ORDER (seperti yang tertera pada resit).
- Bagi pesanan dalam talian, waranti bermula pada tarikh penghantaran.
E. Pemindahan Hak Milik
- Waranti ini terpakai hanya kepada pembeli asal dan tidak boleh dipindah milik.
2. Pengecualian Waranti
Waranti ini tidak melindungi perkara berikut:
A. Kehausan Biasa (Wear & Tear)
- Bahagian bergerak: Kemerosotan fungsi engsel, rel laci, roda, mekanisme recliner/putaran, atau bahagian lipat (biasa pada kerusi, kabinet, meja, sofa, dan meja boleh laras).
- Kemasan permukaan: Calar, pudar, atau perubahan warna pada fabrik, kulit, kayu, permukaan bercat, atau kemasan hiasan akibat penggunaan harian.
- Keletihan struktur: Kusyen kendur, benang longgar/terlerai, atau lapisan span menjadi lembut pada perabot berupholsteri.
B. Penggunaan Tidak Wajar
- Melebihi had berat (cth. meletakkan beban berlebihan pada rak, kerusi, atau rangka katil).
- Penggunaan perabot dalaman di luar rumah (melainkan direka khas untuk kegunaan luar).
- Salah guna bahagian boleh laras (cth. memaksa laci yang tersangkut, bersandar kuat pada kerusi bukan jenis recliner).
C. Penyelenggaraan Tidak Wajar
- Melebihi had berat (cth. meletakkan beban berlebihan pada rak, kerusi, atau rangka katil).
- Kegagalan mematuhi arahan penjagaan (cth. menggunakan bahan kimia keras pada kulit/kayu, mengabaikan skru yang longgar).
- Kotoran, kulat, atau bau pada fabrik, kulit, atau upholsteri akibat tumpahan atau tidak dibersihkan dengan kerap.
- Karat pada komponen logam atau kekusaman perkakasan hiasan (cth. pemegang, tombol) akibat kelembapan, air, atau pembersih berasid.
D. Kecuaian Akibat Pemasangan Sendiri yang Tidak Betul atau Pembaikan Tanpa Kebenaran
- Kerosakan akibat pemasangan yang salah (cth. skru senget, struktur tidak seimbang).
- Masalah akibat mengabaikan panduan pemasangan (cth. rak dinding tidak dipasang dengan kukuh pada struktur dinding).
- Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan oleh pihak yang tidak sah akan membatalkan waranti.
E. Kerosakan pada Permukaan Bercat/Kemasan
- Cat serpih, mengelupas, atau pudar akibat sinaran matahari, pembersihan secara kasar, atau hentaman.
- Kemuraman, gelembung atau perubahan warna pada kemasan varnis/syelek akibat haba, kelembapan atau pendedahan bahan kimia.
- Kesan tompokan air, tanda haba atau calar pada meja akibat tumpahan, objek panas atau benda tajam..
F. Elemen Hiasan & Kelengkapan
- Pemegang, tombol atau perkakasan hiasan yang longgar/luntur kilauannya.
- Lapisan venir/laminate yang terkopek, kemasan tepi terburai, atau kerosakan pada tatah/kumai.
- Warna pudar, kehilangan kekabu/isi, atau perubahan bentuk pada bantal hiasan/kusyen.
G. Pengecualian Lain
- Melebihi had berat (cth. meletakkan beban berlebihan pada rak, kerusi, atau rangka katil).
- Kerosakan akibat kemalangan, perosak, kebakaran, banjir, bencana alam atau pembaikan tanpa kebenaran.
- Produk yang dibeli terpakai, “seadanya” (as-is), atau daripada penjual tidak rasmi.
3. Syarat Waranti Khusus Mengikut Bahan / Jenis Kemasan
Pengecualian:-
Permukaan Bercat | Sumbing, calar, pudar akibat cahaya matahari/bahan kasar; kesan haba/air. |
Kemasan Varnis/Syelek | Kemuraman, gelembung atau perubahan warna akibat haba/kelembapan. |
Fabrik/Upholsteri | Kotoran, pudar akibat UV, berbulu, koyak, atau haus pada bahagian kerap disentuh (cth. tempat letak tangan). |
Kulit | Merekah akibat kurang pelembap kulit; kotoran degil atau pudar akibat matahari. |
Kayu | Meliuk/merekah akibat kelembapan; calar/kemek; kayu tanpa pewarna menjadi pudar. |
Logam | Karat, kemek, pudarnya kilauan logam tanpa salutan (cth. loyang). |
Plastik | Merekah akibat UV/kesejukan melampau; perubahan warna. |
Kaca | Sumbing, retak, kesan hakisan akibat pembersih yang keras. |
Kemasan Hiasan/Perkakasan | Pemegang longgar/luntur kilauannya, jahitan terburai, venir terkopek. |
Masih tidak jumpa jawapan anda?
Mesej kami di WhatsApp atau hubungi bilik pameran kami. Isnin hingga Sabtu 9 pagi hingga 8 malam, Ahad dan cuti umum 9:30 pagi hingga 6 petang.