Utama / Bantuan / Soalan Lazim Umum
Pusat bantuan

Soalan Lazim

Jawapan pantas mengenai bilik pameran, produk, pesanan dan penghantaran kami.

Maklumat Umum Cawangan

Di manakah lokasi anda?
Cawangan jualan utama
422-430, Jalan Kuala Kangsar 30010 Ipoh, Perak
https://maps.app.goo.gl/dX2eakWCRgZvxaFR6

Pejabat Korporat Lembah Klang
10-3, Jalan PJU 5/17, Dataran Sunway Kota Damansara, 47810 PJ, Selangor
https://maps.app.goo.gl/2TQgojkmmsF1PNt96

Pejabat Korporat Perak / Utara
27A, Jalan Medan Ipoh 1F, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh, Perak
https://maps.app.goo.gl/8DveEG1PxJwQR9Dn7

Gudang Berpusat
23, Persiaran Industri Klebang 4,
Medan Klebang Indah, 30010 Ipoh, Perak
https://maps.app.goo.gl/9eQB7kNVqEQpDNru5

Bagaimanakah cara untuk menghubungi khidmat pelanggan?
E-mel: [email protected]
General line: +605-2380288
WhatsApp: +6012-3438333

Maklumat Produk

Adakah produk dihantar dalam keadaan siap dipasang?
Kebiasaannya kami menguruskan penghantaran dan pemasangan perabot kami, melainkan dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya semasa pembelian.

Bolehkah saya menempah khas reka bentuk atau saiz perabot?
Berdasarkan perniagaan kami, kami menjual perabot siap pasang. Namun begitu, beberapa produk tertentu boleh ditempah khas dan turut didatangkan dalam pelbagai pilihan variasi seperti warna dan saiz.

Apakah syarat waranti untuk produk anda?
Secara amnya, kebanyakan produk kami tidak disertakan waranti melainkan dinyatakan oleh pihak pengeluar. Namun begitu, sekiranya terdapat kerosakan atau kesan haus dan lusuh, kami menawarkan perkhidmatan pembaikan atau penggantian alat ganti dengan bayaran minimum untuk menampung kos upah dan pengangkutan.

Adakah anda menjual alat ganti?
Kami ada menjual beberapa alat ganti biasa untuk bahagian yang kerap haus dan lusuh. Bagi alat ganti yang sukar didapati, kami mungkin perlu mendapatkannya daripada pengeluar atau pembekal kami. Selain itu, kami juga boleh mencadangkan kedai alat ganti perabot berdekatan untuk rujukan anda.

Pesanan & Pembayaran

Bagaimanakah cara untuk membuat pesanan?
Anda boleh mengunjungi cawangan kami, membuat panggilan telefon, atau menghubungi kami melalui WhatsApp. Pasukan khidmat pelanggan kami berbesar hati untuk membimbing anda sepanjang proses pembelian.

Adakah saya perlu membayar deposit semasa membuat pesanan?
Kami memerlukan bayaran deposit minimum sebanyak 40% daripada jumlah keseluruhan belian, dan baki selebihnya perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum penghantaran.

Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran, termasuk tunai, MasterCard, Visa, e-dompet, pindahan bank dalam talian dan pelan ansuran mudah kad kredit.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk pesanan saya sampai?
Kebiasaannya, pesanan mengambil masa 10 hingga 20 hari bekerja untuk diproses selepas pengesahan pembelian. Walau bagaimanapun, jika stok sedia ada, kami boleh mengaturkan penghantaran dalam tempoh 3 hari bekerja.

Bolehkah saya menukar atau membatalkan pesanan saya?
Yes but it’s subjected to our management approval. You can submit your change or cancellation request of your order as long as the items are not customized and were not specially ordered from our supplier. If it is approved there will be a processing and administration fees will be incurred.

Apakah yang perlu saya lakukan jika perabot saya sampai dalam keadaan rosak atau cacat?
Sebaik sahaja menerima barangan yang dipesan, sila periksa dan laporkan sebarang isu kepada kami dalam tempoh 24 jam. Kami akan menguruskan penggantian satu-ke-satu atau penggantian bahagian yang berkenaan mengikut keperluan. Namun, sebarang kecacatan yang dilaporkan selepas tempoh 24 jam akan dikendalikan sebagai perkhidmatan pembaikan atau penggantian alat ganti.

Perkhidmatan penghantaran dan pemasangan

Kawasan manakah yang anda liputi untuk penghantaran?
Secara amnya kami meliputi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia. Cawangan dan pejabat cawangan kami terletak di kawasan utara dan tengah, membolehkan kami menyediakan penghantaran berkala di sekitar Perak, Selangor, Lembah Klang dan Pulau Pinang. Kami juga boleh mengaturkan penghantaran ke negeri-negeri lain melalui perancangan awal bersama pasukan operasi kami.

Berapakah caj penghantaran anda?
Kami menyediakan penghantaran percuma untuk lokasi dalam lingkungan radius 30km dari gudang kami. Bagi kawasan berhampiran pejabat cawangan kami, caj penghantaran minimum akan dikenakan. Untuk perincian caj, sila berbincang dengan ejen jualan kami atau rujuk halaman penghantaran dan pemasangan kami.

Adakah anda mengenakan caj untuk memuat, memunggah dan memasang perabot?
Secara umumnya tiada sebarang caj untuk memunggah dan memasang perabot di tingkat bawah bangunan. Namun begitu, jika penghantaran melibatkan bangunan bertingkat, caj memunggah akan dikenakan berdasarkan bilangan tingkat yang perlu dinaiki serta sama ada bangunan tersebut mempunyai lif atau eskalator. Caj tambahan mungkin dikenakan untuk pemasangan perabot yang lebih rumit. Sila rujuk ejen jualan kami untuk maklumat lanjut.

Adakah anda menawarkan penghantaran pada hari yang sama atau hari berikutnya?
Ya, kami ada menyediakannya, tertakluk kepada stok sedia ada bagi barangan yang dipesan dan slot penghantaran masih tersedia untuk hari yang sama atau hari berikutnya.

Bolehkah saya ambil sendiri pesanan saya di kedai?
Ya, anda boleh ambil sendiri barangan yang dipesan sama ada dari cawangan atau gudang kami. Sila tetapkan masa yang sesuai dengan ejen jualan kami untuk urusan pengambilan.

Adakah anda menyediakan khidmat melupuskan perabot lama semasa penghantaran?
Ya, kami ada menyediakan perkhidmatan mengangkat dan melupuskan perabot lama semasa penghantaran. Walau bagaimanapun, caj tambahan untuk mengangkat, merombak, dan penghantaran akan dikenakan. Sila rujuk ejen jualan kami sebelum membuat pesanan.

Pemulangan & Pertukaran

Apakah polisi pemulangan anda?
Kami menerima pemulangan untuk barangan yang belum dibuka dalam pembungkusan asal dalam tempoh 24 jam selepas pembelian, dengan syarat anda mempunyai resit asal dan alasan pemulangan yang munasabah. Jika sudah melebihi 24 jam selepas pembelian, kami tidak dapat menawarkan bayaran balik atau pertukaran. Sila ambil perhatian bahawa barangan tempahan khas (customized) atau pesanan khusus daripada pembekal atau pengilang kami tidak layak untuk pemulangan atau bayaran balik. Selain itu, fi pemprosesan akan dikenakan untuk setiap pemulangan dan bayaran balik bagi menampung kos operasi kami.

Bolehkah saya menukar barang dengan produk lain?
Ya, boleh dengan syarat barangan masih belum dibuka dan berada dalam pembungkusan asal dalam tempoh 24 jam selepas pembelian berserta alasan pertukaran yang munasabah. Sila ambil perhatian bahawa barangan tempahan khas (customized) atau pesanan khusus daripada pembekal atau pengilang kami tidak layak untuk pemulangan atau pertukaran. Barangan baharu mestilah bernilai sama dengan barangan yang ditukar. Walau bagaimanapun, fi pemprosesan mungkin dikenakan bagi menampung kos operasi kami.

Masih tidak jumpa jawapan anda?

Mesej kami di WhatsApp atau hubungi bilik pameran kami. Isnin hingga Sabtu 9 pagi hingga 8 malam, Ahad dan cuti umum 9:30 pagi hingga 6 petang.

Skrol ke Atas